Brainwash - Menanti Kepastian

Lirik Lagu Jiwang Era 90an

Malam kembali bersama kini
Membawa bisikan yang silam
Tak terdaya ku mengharungi
Lubuk cinta yang telah terpendam

Bersemadilah kau yang ku rindu
Bersama doa dariku
Semoga kita kan bersatu
Meskipun kau tiada

Dalam aku mencuba
Melupakan segalanya
Namun di hati kecilku
Masih menanti kepastian
Apakah mungkin kita dipisahkan
Kerana darah yang berbeza
Ku tersiksa

Meskipun kini kau tiada
Terawangan entah di mana
Cintamu masih ku genggam
Di lubuk cinta yang terpendam

Yang tinggal kini hanyalah
Lukisan kenangan yang lalu
Untuk ku mengenangkanmu
Di sanubari jiwaku
Ku merindu

Tajuk Lagu: Menanti Kepastian
Lagu: Awang BPR
Lirik: Razman
Album: Brainwash - Menanti Kepastian (1991)